PERLUMBAAN PENUH DRAMATIK BANTU AIMAN MUNCUL JUARA WIRA

PERLUMBAAN PENUH DRAMATIK BANTU AIMAN MUNCUL JUARA WIRA

Pemburuan gelaran juara keseluruhan kategori Wira berakhir dengan penuh dramatik apabila Md Aiman Tahiruddin akhirnya ditabalkan selaku juara keseluruhan meskipun tidak beraksi pada perlumbaan akhir pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Dataran Bandar Penawar, Johor, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech sebelum itu mengalami masalah jentera sewaktu sesi kelayakan dan tidak layak ke perlumbaan akhir bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga ke pusingan terakhir sebelum pencabar utama, Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) yang memerlukan kemenangan untuk merampas gelaran juara mengalami masalah jentera pada pusingan terakhir ketika sedang bersaing sengit bersama-sama Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing).

Saiful Azhary muncul juara setelah menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 12’00.163s diikuti rakan sepasukan, Md Syarifuddin Azman muncul naib juara dengan masa 12’00.304s. Rakan sepasukan Aiman, Md Danial Syahmi muncul pemenang tempat ketiga dengan masa 12’00.357s.

Aiman muncul juara keseluruhan dengan mengumpul 132 mata manakala gelaran juara di Johor membantu Saiful Azhary naik ke tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 128 mata. Syafieq Aiman yang gagal memungut sebarang mata berada di tangga ketiga dengan 110 mata.

“Suasana di khemah pasukan sangat mendebarkan. Saya dan seluruh pasukan tidak duduk diam kerana semua pelumba bersaing sengit dan saling bertukar kedudukan sehingga ke garisan penamat. Kami mengharapkan rakan sepasukan, Danial Syahmi dapat menewaskan Syafieq Aiman dan memenangi perlumbaan.

“Walaupun Danial di tempat ketiga di belakang Saiful dan Syarifuddin, ia sudah cukup untuk membantu saya muncul sebagai juara keseluruhan. Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada pasukan, penaja, keluarga dan semua yang menyokong dan membantu saya,” jelas Aiman.

KEPUTUSAN KATEGORI WIRA

Akhir

  1. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 12:00.163s
  2. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 12:00.304s
  3. Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 12:00.357s
  4. Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 12:06.759s
  5. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 12:10.009

Kedudukan keseluruhan

  1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 132 mata
  2. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 128 mata
  3. Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 110 mata
  4. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 107 mata
  5. Md Danial Syahmi (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 85 mata
No Comments

Post A Comment