MCPRD04: FADLI TERUSKAN PENGUASAAN

MCPRD04: FADLI TERUSKAN PENGUASAAN

Pelumba bernombor 13 Md Fadli Shah Redzuan sekali lagi menepati dugaan dengan memenangi cabaran Yamaha PETRONAS Super Series di Pusingan 4, Pasir Mas Kelantan setelah menyempurnakan perlumbaan 10 pusingan dengan jumlah masa 7 minit 50.085 saat. Md Akmal Abd Halim (No 7) yang mendahului perlumbaan diperingkat awalnya hanya mampu menuruti Fadli ke podium setengah saat kemudian dengan masa keseluruhan 7:50.620 saat sementara Md Syarifuddin Azman tamat dengan masa 7:52.347 saat untuk turut menaiki tangga podium terakhir.
Perlumbaan peringkat awal sebenarnya telah menyaksikan Fadli di tempat ketiga di belakang Akmal dan Syarifuddin, sebelum Fadli memintas Syarifuddin di lap keempat. Dengan perlumbaan berbaki dua pusingan Fadli telah membuka langkah bagi mendahului perlumbaan hingga ke bendera penamat.

Md Faiz Zekri Sabri beraksi baik hari ini setelah menduduki tempat keempat dan diikuti Haris Danish Iswandy yang memperbaiki kedudukannya berbanding di Kangar awal bulan ini.

Senatri kesepuluh teratas dilengkapi oleh Noor Edrin Ezani, Iskandar Md Iskandar Abd Razak, Md Ashraaf Shafrizal, Md Aiman Azman dan Syamim Md Syamim Rosli.

Kemenangan ini meletakkan Fadli selesa di hadapan dengan 91 mata keseluruhan setakat ini, diikuti Md Faiz dengan 62 mata dan Md Akmal, 60 mata.

Article courtesy of malaysiancubprix.com

No Comments

Post A Comment