12 Mac MCPRD01: FADLI BUKTI KURANG PENGALAMAN BUKAN HALANGAN
Pelumba kelahiran Perak, Mohd Fadli Shah Redzuan membuktikan kurang pengalaman bukanlah satu halangan untuk beraksi cemerlang pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS apabila berjaya meraih petak utama bagi kategori Super Siri Yamaha PETRONAS.
Saingan pusingan satu yang berlangsung di Litar MAEPS, Serdang menyaksikan Fadli mencatatkan masa terpantas 56.439 saat sekaligus merangkul petak utama pada perlumbaan akhir.
Selain Fadli, seorang lagi pelumba baharu Mohd Afiff Shafrizal juga mencuri tumpuan apabila hanya ketinggalan 0.867 saat dibelakang bagi merampas petak kedua dengan catatan 57.306 saat.
Sementara itu, pelumba berpengalaman musim lalu Mohd Faiz Zekri Sabri sekadar merangkul perak ketiga dengan catatan 57.307 saat.
Manakala dua lagi pelumba berpengalaman musim lalu Mohd Akmal Abd Halim dan Mohd Arfyq Hillman Mohd Anand juga sedikit tergugat dengan saingan diberikan oleh pelumba-pelumba baharu apabila sekadar meraih petak keempat dan kelima.
Article courtesy of malaysiancubprix.com
No Comments