15 Nov FUAD NASIHAT AIMAN TENANG, FOKUS
Ahmad Fuad Baharudin menasihatkan pelumbanya, Mohd Aiman Tahiruddin untuk bertenang dan kekal fokus bagi menghadapi perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Dataran bandar penawar, Johor, 18 dan 19 November ini.
Aiman kini sedang mendahului kedudukan keseluruhan kategori WIRA dengan mengumpul 132 mata dan hanya memerlukan tiga mata sahaja lagi bagi mengesahkan gelaran selaku juara keseluruhan musim 2017.
Namun, Fuad yang juga pengurus pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech tidak mahu pelumba muda berusia 16 tahun itu berasa gementar dan melakukan kesilapan yang boleh meranapkan impian untuk bergelar juara keseluruhan.
“Di atas kertas, tiga mata yang diperlukan nampak mudah, tetapi situasi berbeza di atas litar. Mungkin pelumba akan berasa sedikit gementar dan ini akan menyebabkan berlaku kesilapn dan hilang fokus,” jelas Fuad,” jelas juara keseluruhan tiga kali kategori perdana itu.
Tambahnya, “Dalam perlumbaan penting seperti ini, Aiman perlu tenang dan berlumba seperti biasa seperti perlumbaan-perlumbaan lepas. Dari segi persiapan jentera pula, dia tidak perlu bimbang kerana kami akan menyediakan yang terbaik untuknya. Kami juga mahu melihat dia menamatkan musim di atas podium.”
Kedudukan Keseluruhan Kategori WIRA
- Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 132 mata
- Md Syafieq Aiman (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 110 mata
- Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 103 mata
- Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 87 mata
- Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 73 mata
No Comments