


Gaya neo-retro dengan prestasi moden Yamaha. XSR155 direka untuk penunggang yang mahu tampil yakin, bebas dan berbeza. Kerana setiap perjalanan bukan sekadar destinasi, ia adalah Xpresi Gayaku!
Enjin moden dengan teknologi VVA yang memberikan kuasa responsif dan tunggangan lebih lancar dalam pelbagai kelajuan.


Sistem brek ABS pada roda hadapan dan belakang untuk kawalan membrek yang lebih yakin.
Penukaran gear lebih ringan dan lancar, dengan kawalan lebih stabil ketika menurunkan gear.


Memberikan kestabilan dan kawalan yang lebih mantap, lengkap dengan gaya sporty yang menyerlah.
Rekaan lampu bulat ikonik dengan pencahayaan LED moden untuk gaya klasik yang lebih berani.


Paparan moden yang jelas dan mudah dibaca untuk maklumat tunggangan penting.
Tempat duduk berinspirasikan gaya klasik untuk penampilan yang lebih retro dan bergaya.


Direka untuk memberikan cengkaman yakin di jalan bandar dan laluan santai hujung minggu.

| Jenis Enjin | Sejukan Cecair, 4-Lejang, SOHC, 4-Injap |
|---|---|
| Susunan Silinder | Silinder Tunggal |
| Lubang x Lejang | 58.0 x 58.7 mm |
| Nisbah Mampatan | 11.6:1 |
| Kuasa Maksimum | 13.9kW / 10,000rpm |
| Tork Maksimum | 14.4Nm / 8,500rpm |
| Sistem Penghidup | Elektrik |
| Pelinciran | Takungan Basah |
| Isi Tangki Minyak Enjin | 1.05 L |
| Sistem Bekalan Bahan Api | Suntikan Bahan Api |
| Jenis Nyalaan | TCI |