14 Oct KASMA UNGGULI SESI KELAYAKAN DI JEMPOL
Kasma Daniel Kasmayudin berada di landasan terbaik untuk meraih kemenangan keenam dalam kategori CP150 setelah muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan spusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.
Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu merakam masa terbaik 45.651s manakala pelumba Onexox TKKR Racing, Md Helmi Azman yang beraksi cemerlang dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) mencatat pencapaian terbaik peribadi musim ini apabila mencatat masa kedua terpantas dengan masa 45.817s.
Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) muncul pelumba ketiga terpantas dengan catatan 45.876s sambil Md Fitri Ashraff Razali (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) dan Md Izzat Zaidi Md Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) melengkapkan senarai lima pelumba terbaik dengan catatan 45.893s dan 45.910.
“Keadaan cuaca pada hari ini agak baik berbanding keadaan hujan dan cuaca tidak begitu menentu sepanjang minggu ini,” jelas Kasma.
“Bagi saya, perlumbaan di Jempol kali ini tidak bnyak berbeza berbanding perlumbaan lepas. Saya tidak berasa sebarang tekanan untuk mengejar kemenangan dan sekaligus menebus kekalahan di litar ini pada musim lepas.”
Sementara itu, dalam saingan CP115, Md Fareez Afeez (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) merakam masa terpantas sesi kelayakan dengan masa 46.619s diikuti duo PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Akid Aziz dan Md Haziq Fairues, masing-masing dengan catatan terbaik 46.661s dan 46.713s.
Dalam saingan Wira, Md Anuar Ibrahim Pawi (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama setelah mencatat masa terpantas sesi Shootout dengan masa 47.218s diikuti rakan sepasukan, Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) kedua, 47.505s. Pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech) bakal bermula dari petak ketiga dengan catatan 47.643s.
KEPUTUSAN
CP150
- Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 45.651s
- Md Helmi Azman (SGR) Onexox TKKR Racing Team 45.817s
- Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 45.876s
- Md Fitri Ashraff Razali (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 45.893s
- Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 45.910s
CP115
- Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 46.619s
- Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 46.661s
- Md Haziq Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 46.713s
- Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 46.721s
- Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 47.089s
WIRA -Shootout
- Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 47.218s
- Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 47.505s
- Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 47.643s
- Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 47.722s
- Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech 47.762s
No Comments