KASMA TERPANTAS DI LITAR TANGKAK

KASMA TERPANTAS DI LITAR TANGKAK

Juara bertahan CP150, Kasma Daniel Kasmayuddin kekal sebagai pencabar utama kejuaraan apabila mengungguli sesi kelayakan pada hari pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang turut beraksi dalam saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) itu mencatat masa terpantas 44.230s mengatasi catatan terbaik Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) yang mencatatkan 44.430s diikuti rakan sepasukan Kasma, Mohd Ramdan Rosli ketiga dengan masa 44.624s.

Bagaimanapun, catatan terbaik Kasma di Litar Tangkak 0.370s lebih perlahan berbanding catatan terpantas 43.915s yang dicatatkan pada musim lepas.

“Permukaan litar lebih licin dan kurang cengkaman berbanding tahun lepas,” jelas Kasma.

“Beberapa bahagian litar diturap semula dan tidak digunakan. Saya jangka perlumbaan esok pasti mencabar dan sengit.”

Sementara itu, sesi kelayakan CP115 menjadi milik Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) dengan masa 46.497s diikuti Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) 46.615s dan rakan sepasukan Tengku Amirul, Md Fareez Afeez dengan masa 46.662s.

Dalam kategori WIRA KBS, Md Afizi Supaat bakal bermula dari petak pertama setelah mengungguli sesi Shootout dengan masa 47.432s diikuti Md Danial Syahmi dan Md Harith Haziq Zamri, masing-masing dengan masa 47.514s dan 47.695s.

Kelayakan

CP150

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 44.230s
  2. Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 44.430s
  3. Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 44.528s
  4. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 44.699s
  5. Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 44.733s

CP115

  1. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 46.497s
  2. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 46.615s
  3. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 46.662s
  4. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 46.693s
  5. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 47.040s

Shootout

WIRA KBS

  1. Md Afizi Supaat (SGR) ELF Koyoko Honda KC Racing 47.432s
  2. Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 47.514s
  3. Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 47.695s
  4. Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 47.928s
  5. Md Hazim Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha 48.082s
No Comments

Post A Comment