KASMA TERPANTAS DI LITAR TANGKAK

KASMA TERPANTAS DI LITAR TANGKAK

Kasma Daniel Kasmayudin tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan litar baharu apabila muncul pelumba terpantas sesi ujian masa kategori CP150 pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu mencatat masa terpantas 44.347s meskipun terjatuh ketika saingan masih berbaki 10 minit. Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing, Mohd Adib Rosley muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 44.554s diikuti Norizman Ismail (Onexox TKKR Racing) ketiga dengan masa 44.717s.

“Saya sukakan reka bentuk litar ini. Ianya sangat pantas dan menyeronokkan. Saya perlu mendapat keputusan terbaik di sini memandangkan saya tidak dapat beraksi di pusingan ketiga di Kemaman nanti. Saya perlu mengutip seberapa banyak mata,” jelas Kasma.

Rakan sepasukan Adib, Mohd Izzat Zaidi mencatat masa keempat terpantas, 44.767s manakala Mohd Zaqhwan Zaidi muncul pelumba terbaik Honda dengan masa 44.981s.

Sementara itu, duo PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Mohd Akid Aziz dan Mohd Haziq Fairues muncul pelumba terbaik CP115, masing-masing dengan catatan 46.034s dan 46.366s diikuti Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) dengan masa 46.607s.

Dalam kelas Wira, Khairi Asyraf Mahmood dan Aiman Thirudin (PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech muncul pelumba terpantas dalam sesi Shoot-Out dengan masa 46.921s dan 47.000s diikuti Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) 47.004s

Keputusan Ujian Masa:

CP150

Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 44.347s
Mohd Adib Rosley (SGR) Yamaha 44.554s
Norizman Ismail (SGR) Yamaha 44.717s
Mohd Izzat Zaidi Salehan (SGR) Yamaha 44.767s
Mohd Zaqhwan Zaidi (SGR) Honda 44.981s

CP115

Mohd Akid Aziz (KUL) Yamaha 46.034s
Mohd Haziq Fairues (SGR) Yamaha 46.366s
Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 46.607s
Md Idil Fitri Mahadi (SGR) Yamaha 46.613s
Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 46.796s

WIRA (Shoot-out)

Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Yamaha 46.921s
Md Aiman Tahiruddin (KUL) Yamaha 47.000s
Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda 47.004s
Md Syafiq Aiman (JHR) Yamaha 47.007s
Md Syarifuddin Azman (SGR) Honda 47.142s

Copy from: PETRONAS AAM MALAYSIAN CUB PRIX CHAMPIONSHIP

No Comments

Post A Comment