HAFIZ DAN AKID CURI TUMPUAN DI BANDAR PENAWAR

HAFIZ DAN AKID CURI TUMPUAN DI BANDAR PENAWAR

Pertarungan diantara Md Hafiz Nor Azman dan Md Akid Aziz bagi merebut kedudukan ketiga keseluruhan CP150 dijangka akan mencuri tumpuan pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 yang berlangsung di Bandar Penawar, Johor, minggu ini

Hafiz (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang kini menghuni tangga ketiga dengan 116 mata dijangka memiliki sedikit kelebihan setelah mencatat masa terpantas sesi kelayakan dengan catatan terbaik 55.279s diikuti rakan sepasukan yang telahpun mengesahkan gelaran keseluruhan CP150, Ahmad Afif Amran yang mencatat masa terbaik 55.349.

Akid (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) terus memberikan cabaran apabila mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan 55.499s sambil dua rakan sepasukan Akid, Kasma Daniel Kasmayuddin dan Md Ramdan Rosli dijangka akan turut memberikan saingan kepada Hafiz setelah mencatat masa keempat dan kelima terpantas.

“Saingan musim 2018 kini sudah sampai ke penghujung. Selain perlu memastikan saya dapat menamatkan saingan di depan Akid, kami berdua juga mahu menamatkan musim ini di atas podium dan menghadiahkan gelaran juara keseluruhan kepada pasukan,” jelas Hafiz.

Sementara itu, dalam kategori WIRA KBS, Syariffudin Azman yang telahpun bergelar juara keseluruhan meneruskan rentak cemerlang apabila mencatat masa terpantas ketika sesi shooutout sekaligus bakal memulakan perlumbaan akhir dari petak pertama.

“Gelaran juara dan naib juara telah menjadi milik Afif dan Kasma, jadi sendainya Akid memenangi perlumbaan esok, saya perlu menamatkan saingan di kedudukan keempat, jadi saya dan Afif juga perlu merancang strategi terbaik.”

Dalam saingan CP115,  juara keseluruhan, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) mencatat masa terpantas pusingan kelayakan dengan masa 58.653s diikuti Md Syafiq Rosli (ELF Koyoko Honda KC Racing) kedua, 59.066s dan Md Shafiq Ezzariq (Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing) ketiga, 59.117s

Sementara itu pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing yang telah bergelar juara keseluruhan WIRA KBS, Md Syarifuddin Azman mencatat masa terbaik sesi shootout dengan masa 1:00.265s sekaligus bakal bermula dari petak pertama  diikuti Md Faiz Zekri Sabri (ONEXOX Racing Team) kedua, 1:00.386s dan Daniel El Fahim (SIC Junior Team AFB TECH Racing) ketiga, 1:00.503s.

No Comments

Post A Comment