21 May MCPRD04: UJIAN MASA YAMAHA PETRONAS SUPER SERIES
Kejohanan satu pengeluar Yamaha di Kelantan ini telah menyaksikan Md Syarifuddin Azman dinobatkan terpantas dengan masa pusingan 46.847 saat, tipis 0.120 saat dihadapan Md Akmal Abd Halim dengan masa 46.967 saat dan diekori Md Faiz Zekri Sabri yang mencatat 47.696 saat.
Md Fadli Shah Redzuan menduduki tempat keempat terpantas diikuti Md Alif Ashraf Tahiruddin. Baki lima penunggang terpantas hari ini adalah Md Yazid Mat Isa, Md Aiman Azman, Md Arfyq Hillman Md Anand, Md Afiff Shafrizal dan Noor Edrin Ezani dengan masa 48.474 saat iaitu hampir dua saat dibelakang pendahulu senarai ini.
Article courtesy of malaysiancubprix.com
No Comments