Pengenalan

SYARIKAT

Penubuhan

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) No. Syarikat: 197901002563 (46829-P), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia pada tahun 1978, adalah usaha sama antara Hong Leong Industries Bhd dan Yamaha Motor Co., Ltd, Jepun.

 

Hong Leong Industries Bhd. adalah pemegang ekuiti majoriti dalam HLYM, adalah sebahagian daripada konglomerat yang pelbagai, Hong Leong Group of Companies, Malaysia.

 

HLYM dilantik sebagai pemegang francais rasmi bagi unit CKD dan CBU Yamaha serta ATV di Malaysia sejak tahun 1978. Model ‘street’ CKD Yamaha RX100 adalah yang pertama dilancarkan di kilang Shah Alam pada tahun 1979. HLYM telah meningkatkan rangkaian modelnya dengan memperkenalkan Y80, DX 100 dan DT125 dengan keluaran pengeluaran sebanyak 3500 unit sebulan.

Pergerakan

Pada tahun 1988 berlangsungnya pelancaran motosikal Yamaha secara besar-besaran untuk unit yang ke- 500,000 buatan tempatan.

 

Manakala pada tahun 1994 pula Yamaha melancarkan motosikal untuk unit yang ke-1,000,000 di Malaysia. Ini adalah pencapaian yang terbaik buat HLYM.

 

Tahun 1997, HLYM telah berpindah ke Kompleks Hong Leong Yamaha berukuran seluas 36 hektar yang menempatkan Blok Pejabat Utama, Pusat Penyelidikan & Pembangunan, dengan 4 kilang yang terlibat dalam proses tekanan & kimpalan bahagian logam, semburan cat, operasi pemasangan, acuan suntikan plastik dan gudang penyimpanan. Kebanyakan enjin motosikal CKD dibekalkan secara tempatan oleh Hicom Yamaha Motor Manufacturing Sdn. Bhd.d.

 

Menjelang tahun 2018 HLYM berjaya melancarkan motosikal Yamaha yang ke-4 juta, ianya membuktikan bahawa HLYM telah memberikan komitment yang tinggi hingga terhasilnya motosikal jenama Yamaha begitu bermutu buatan tempatan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Yamaha Motor Co. Ltd.

Hari ini

Hong Leong Yamaha Motor terus melabur untuk melahirkan pekerja yang berkemahiran ,mempunyai peralatan baru dan berteknologi tinggi untuk mempertingkatkan keupayaan pengeluarannya.

 

Pengiktirafan anugerah kecemerlangan yang diterima oleh HLYM termasuk anugerah Kategori Kecemerlangan Penyelenggaraan Total Produktif (TPM) dari JIPM untuk peningkatan kualiti, kos dan prestasi penghantaran; ISO 9001, ISO14001 (Sistem Pengurusan Alam Sekitar) dari SIRIM QAS International dan SGS Malaysia / SGS UK dan sijil MPC oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia.

 

Teknologi robot automasi dan Kenderaan Berpandu Automatik telah diperbadankan untuk meningkatkan lagi kualiti dan kecekapan pengeluaran. Penggabungan teknologi automasi membolehkan fleksibiliti dan kelajuan menyesuaikan kapasiti dan perhimpunan model sebagai tindak balas kepada perubahan permintaan pasaran.

 

Hong Leong Yamaha Motor komited untuk terus menggerakkan minat para penunggang motosikal untuk mencipta pengalaman nilai dan gaya hidup yang luar biasa untuk memperkayakan