MOTORSPORTS LATEST NEWS
MCPRD04: FADLI TERUSKAN PENGUASAAN

2016/05/22

 Pelumba bernombor 13 Md Fadli Shah Redzuan sekali lagi menepati dugaan dengan memenangi cabaran Yamaha PETRONAS Super Series di Pusingan 4, Pasir Mas Kelantan setelah menyempurnakan perlumbaan 10 pusingan dengan jumlah masa 7 minit 50.085 saat.


MCPRD04: KASMA RAPATKAN JURANG PENDAHULU

2016/05/22

 Pelumba rookie CP130, Kasma Daniel Kasmayudin merapatkan jurang pendahulu kepada tiga mata berbanding pendahulu yang juga rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham setelah berjaya menjuarai perlumbaan akhir CP130 pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Pasir Mas, Kelantan, hari ini. 


MCPRD04: UJIAN MASA YAMAHA PETRONAS SUPER SERIES

2016/05/21

 Kejohanan satu pengeluar Yamaha di Kelantan ini telah menyaksikan Md Syarifuddin Azman dinobatkan terpantas dengan masa pusingan 46.847 saat, tipis 0.120 saat dihadapan Md Akmal Abd Halim dengan masa 46.967 saat dan diekori Md Faiz Zekri Sabri yang mencatat 47.696 saat. 


MCPRD04: MAJU TERUS DAHAGAKAN KEMENANGAN

2016/05/20

Pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor tekad untuk terus mendominasi saingan CP130 apabila Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 bertandang ke litar baharu di Pasir Mas, Kelantan pada 20 dan 21 Mei ini.


MCPRD03: KASMA TAWAN PUSINGAN 3 CUB PRIX KANGAR

2016/05/01

Pelumba 16 tahun, Kasma Daniel Kasmayudin meraih kemenangan kedua pada musim ini setelah menamatkan 18 pusingan perlumbaan kategori CP130 dengan masa keseluruhan 12’57.333s pada pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Kangar, Perlis, Ahad lepas. 


MCPRD03: MD FADLI SHAH PAMER KEHANDALAN

2016/05/01

 Persaingan untuk merebut lima kedudukan teratas nyata sengit dalam perlumbaan akhir di Kangar, Perlis pada minggu ini. Tekanan yang dihadapi para pelumba muda ini juga turut menyebabkan mereka melakukan kesilapan, dimana Md Arfyq Hillman terbabas di selekoh 5 di pusingan pertama dan Haris Danish Iswandy di selekoh 7 di pusingan kelima.


MCPRD03: DEMAM TAK HALANG KASMA CATAT MASA TERPANTAS

2016/04/30

Masalah kesihatan sama sekali tidak menjejaskan aksi Kasma Daniel Kasmayudin untuk mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis, hari ini. 

 


MCPRD02: SUPER SIRI YAMAHA: FAIZ BERI TENTANGAN SENGIT

2016/04/17

Hajat Mohd Fadlyshah Redzuan mahu mengekalkan rentak kemenangannya tidak kesampaian apabila Mohd Faiz Zekri Sabri berjaya memenangi perlumbaan pusingan kedua kategori Super Siri Yamaha PETRONAS.


MCPRD02: FAZLI TAWAN BATU KAWAN BUAT KALI KETIGA

2016/04/17

Ahmad Fazli Sham mencatat rekod tersendiri apabila muncul pelumba terbanyak memenangi perlumbaan kelas perdana CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS setelah meraih kemenangan ketiga di Litar Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini. 


MCPRD02: TENGKU TERUSKAN PENGUASAAN

2016/04/16

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Tengku Amirul Haffirudin meneruskan rentak cemerlang ketika menjuarai perlumbaan pusingan lepas di Serdang, Selangor apabila muncul pelumba terpantas dalam kategori CP115 pada hari ini. 


MCPRD01: TENGKU AMIRUL JUARA DI MAEPS

2016/03/13

Sementara itu, perlumbaan kelas CP115 menjadi milik naib juara musim 2015, Tengku Amirul Haffirudin dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang berjaya menguasai sepanjang 15 pusingan perlumbaan dengan baik. 


MCPRD01: KASMA KETEPI PELUMBA SENIOR

2016/03/13

Pelumba muda berbakat, Kasma Daniel Kasmayudin menepati ramalan mampu mencipta kejutan dalam saingan CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 apabila berjaya muncul juara pada penampilan pertamanya dalam kelas tersebut di Litar Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.


MCPRD01: TUNJUK AJAR JUARA BERI KELEBIHAN BUAT FADLI

2016/03/12
Berkat tunjuk ajar daripada juara musim lalu kategori Super Siri Yamaha PETRONAS, Mohd Hazieq Mohd Fairues memberikan manfaat kepada Mohd Fadli Shah Redzuan yang memenangi perlumbaan akhir pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

MCPRD01: FADLI BUKTI KURANG PENGALAMAN BUKAN HALANGAN

2016/03/12
Pelumba kelahiran Perak, Mohd Fadli Shah Redzuan membuktikan kurang pengalaman bukanlah satu halangan untuk beraksi cemerlang pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS apabila berjaya meraih petak utama bagi kategori Super Siri Yamaha PETRONAS.

MCPRD01: ADIB TAK MAHU KESILAPAN BERULANG

2016/03/12

Md Adib Rosley mahu memadam memori pahit yang dialami pada musim lepas apabila bakal turun memulakan saingan pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2016 di Litar Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor pada 12 dan 13 Mac ini.


MCPRD01: YONG YIN HOE: KASMA MAMPU SAINGI PENCAPAIAN HAFIZH

2016/03/12

Prinsipal pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor, Yong Yin Hoe meletakkan harapan tinggi terhadap pelumba muda berbakat, Kasma Daniel Kasmayudin terutama menjelang pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 di Litar Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, 12 dan 13 Mac ini.


Leave a Comment / Feedback
 
Name
Contact
Email
Subject
Message
   I have read and agree with the privacy policy.


Terms of Use | Privacy Policy


© 2016 Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. All Rights Reserved.